Pages

Wednesday, September 30, 2015

13 Juta Unit IPhone 6s Telah Dijual – Tiba Di Malaysia 16 Oktober



Apple lewat malam semalam telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus telah mencatat rekod penjualan baru bagi tiga hari pertama penjualan.

Sebanyak 13 juta unit iPhone 6s dan iPhone 6s Plus telah dijual didalam masa 72 jam di 12 negara iaitu Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Apple iPhone 6s dan 6s Plus telah memecahkan rekod penjualan iPhone 6 dan 6 Plus yang mana sebanyak 10 juta unit dijual didalam masa tiga hari.

Selain dari pengumuman mengenai prestasi penjualan iPhone 6s dan 6s Plus, Apple juga telah mengesahkan bahawa lebih banyak negara akan menerima telefon pintar terbaru Apple ini termasuk Malaysia.


Pasaran Malaysia akan menerima iPhone 6s dan iPhone 6s Plus pada 16 Oktober bersama-sama Turki dan India. Sebagai perbandingan iPhone 6 dan iPhone 6 memasuki pasaran Malaysia pada minggu pertama bulan November tahun lalu dan ini bermaksud iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ditawarkan kurang satu bulan selepas penjualan rasmi bermula pada 25 September.

Sebelum pasaran tempatan, senarai negara yang akan menerima iPhone 6s dan iPhone 6s Plus pada 9 Oktober adalah Andorra, Austria, Belgium, Bosnia, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Isle of Man, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Maldives, Mexico, Monaco , Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan Taiwan.

Selain itu, pada 10 Oktober iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan ditawarkan di Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Buat masa ini, tiada sebarang harga penjualan diumumkan namun segala maklumat pelan dan harga penjualan dijangka akan diketahui beberapa hari sebelum pelancaran rasmi.


Apple juga telah mengesahkan bahawa syarikat itu berada didalam sasaran untuk melancarkan iPhone 6s dan iPhone 6s ke lebih 130 negara lagi sebelum penghujung tahun ini.


 like us

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia