Pages

Friday, October 2, 2015

20 Oktober Ini HTC Akan Melancarkan Telefon Pintar Android Marshallow



HTC telah mengumumkan bahawa telefon pintar pertama mereka dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow alam dilancarkan pertengahan bulan ini iaitu pada 20 Oktober. Pelancaran ini hanya dilakukan secara online dengan waktu majlis pelancaran ini bermula adalah sekitar 12.00 tengah malam waktu malaysia

Walaupun baru sahaja disahkan secara rasmi, HTC dikatakan hampir pasti akan melancarkan HTC One A9 yang telah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

HTC One A9 ini akan hadir dengan reka bentuk berasakan keluli mirip reka bentuk iPhone 6s namun dengan spesifikasi pertengahan sahaja.


Antara spesifikasi yang akan dimiliki oleh One A9 adalah pemproses Snapdragon 617 daripada Qualcomm, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP + OIS, kamera selfie UltraPixel 4MP dan tidak lupa skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci.


HTC One A9 dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih berpatutan dan akan ditawarkan didalam 6 warna menarik.


Selain itu, HTC juga telah mengumumkan senarai awal telefon pintar mereka yang akan menerima kemaskini Android Marshmallow.


Antara model-mode tersebut adalah HTC One M9 dan One M8 yang akan menerima Android Marshmallow sebelum penghujung tahun ini.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia