Pages

Friday, October 2, 2015

Google Turut Melancarkan Huawei Nexus 6P – Skrin Paparan QHD



Selain Nexus 5X, Google turut melancarkan generasi phablet mereka yang terbaru iaitu Nexus 6P yang hadir dengan reka bentuk berasakan keluli dan dikeluarkan oleh Huawei.

Huawei Nexus 6P hadir dengan skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel mencecah 518ppi ( turut dilapisi dengan Gorilla Glass 4), pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.


Dari segi kamera pula, Nexus 6P mempunyai unik kamera utama yang sama seperti Nexus 5X iaitu kamera 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0. selain itu, ianya juga hadir dengan dua lampu flash dan mampu merakam video 2160p. dari segi kamera selfie pula, P6 hadir dengan unit kamera 8MP dengan 1.4µm piksel dan aperture f/2.4

Selain itu, Nexus 6P juga mempunyai dua pembesar suara di bahagian hadapan selain sensor pengesan capjari yang diletakkan pada bahagian belakang selain bateri berkapasiti 3,450mAh (dengan teknologi pengecasan pantas melalui slot USB Type-C).


Dari segi memori simpanan dalaman pula, Nexus 6P hadir dengan tiga pilihan iaitu 32GB, 64GB dan 128GB ( tiada slot microSD).

Nexus 6P hadir didalam 4 warna iaitu Aluminium, grafir, putih malap dan emas ( hanya ditawarkan di Jepun) dengan harga penjualan bermula dari $500 atau sekitar RM 2,222 mengikut kadar pertukaran semasa.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia