Pages

Thursday, October 22, 2015

HTC One A9 Dilancarkan Secara Rasmi – RM 1,713


HTC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HTC One A9 yang merupakan telefon pintar pertama dengan Android 6.0 Marshmallow selain peranti Nexus.

Dari segi spesifikasi dalaman, HTC One A9 hadir dengan skrin paparan AMOLED HD Penuh berukuran 5.0-inci, Adreno 405, dua pilihan RAM iaitu 2GB atau 3GB dan juga menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan pemproses Snapdragon 617.

Secara kasarnya, anda pasti dapat melihat persamaan reka bentuk telefon pintar ini dengan produk Apple namun HTC mendakwa mereka telah melakukan reka bentuk telefon pintar ini dengan berinspirasikan model telefon pintar HTC yang dilancarkan sebelum ini. A9 haidr dengan reka bentuk unibody keluli dengan gelas keselematan 2.5D Corning Gorilla Glass 4 meliputi kseluruhan permukaan hadapan.


Dari segi kamera pula, One A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan optik pengstabilan imej dan rakaman video 1080p. Pada bahagian hadapan pula, HTC masih mengekalkan kepercayaan pada kamera UltraPixel 4MP keluaran mereka sendiri.


HTC One A9 akan hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB ( terdapat slot microSD), sokongan rangkaian 4G LTE dan pembesar suara DAC yang menjanjikan pengalaman audio yang tiada tandingan.


Selain itu, One A9 turut dilengkapi dengan butang ‘home’ yang turut berfungsi sebagai sensor pengesan cap jari dan sebagai pengesahan untuk melakukan pembayaran di Play Store.

Dari segi bateri pula, One A9 hadir dengan bateri berkapasiti 2,150 mAh yang mempunyai sokongan Quick Charge 2.0 dan 3.0. Walaubagaimanapun, jika anda mahu melakukan pengecasan pantas ini, anda perlu membeli pengecas 15W HTC secara berasingan.

Selain itu, seperti telefon pintar utama HTC yang lain, HTC akan menawarkan perkakas Dot View II dengan fungsi yang menyeluruh.


HTC One A9 akan mula memasuki pasaran pada awal bulan November didalam warna perak, kelabu, emas dan merah ‘garnet’. hasil tinjauan kami di laman rasmi HTC mendedahkan harga penjualan model ini di Amerika Syarikat adalah  $399.99 iaitu sekitar RM 1,713 bagi versi 3GB/32GB.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia