Pages

Tuesday, October 20, 2015

Pandangan Pertama Asus Zenfone 2 Laser – Teknologi Kamera Pantas

Asus Zenfone 2 Laser yang dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan Ogos yang lalu kini secara rasminya telah ditawarkan di Malaysia dan dengan harga penjualan RM 799.

Berikut adalah pandangan pertama Asus Zenfone 2 Laser yang hadir dengan ciri kamera yang menggagumkan.


Asus Zenfone 2 Laser hadir dengan skrin paparan Asus TrueVivid berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1280 x 720 dan turut mempunyai gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Skrin paparan yang dimiliki oleh Zenfone 2 Laser ini menguasai 72% permukaan hadapan telefon pintar dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan iPhone 6s Plus.

Selain itu, jika skrin paparan 5.5-inci adalah terlalu kecil ataupun terlalu besar, Asus dijangka akan mula menawarkan Asus Zenfone Laser 2 didalam skrin paparan 5.0-inci dan skrin paparan 6.0-inci tidak lama lagi.


Berdasarkan pengalaman pengunaan kami yang sangat terhad ini kami boleh mengatakan bahawa tontonan media melalui Zenfone 2 Laser ini memuaskan walaupun hanya pada resoulusi 720p dan ianya turut hadir dengan pembesar suara setreo yang lantang yang membolehkan anda menikmati tontonan video dan muzik tanpa menggunakan earphone.



Seperti Asus Zenfone 2, model ini juga mempunyai reka bentuk yang ergonomik dan walaupun mempunyai badan yang besar, Asus Zenfone 2 masih memberikan kepuasaan pengunaan yang tinggi dan mudah untuk dipegang disebabkan reka bentuk panel belakang yang melekung.


Pada bahagian hadapan, selain skrin paparan, anda boleh melihat reka bentuk ikonik Asus yang dikenali sebagai ‘Zen Design’ pada bahagian bawah dan tidak lupa juga, Asus Zenfone 2 Laser memiliki sisi panel skrin yang sangat nipis iaitu hanya 3.9mm.



Unit kamera Asus Zenfone 2 Laser ini adalah sesuatu yang harus diberikan perhatian serius. Asus Zenfone 2 Laser hadir dengan kamera utama 13MP dan seperti yang didedahkan pada namanya, kamera bagi telefon pintar ini ditemani satu unit pemfokusan laser yang mencapai pemfokusan didalam masa hanya 0.3 saat. Selain itu, kamera ini juga mempunyai lampu flash LED dwi-tona asli.

Seperti pada Zenfone 2, Zenfone 2 Laser juga hadir dengan teknologi perisian kamera Asus PixelMaster yang meliputi kamera hadapan dan kamera belakang. Teknologi ini membolehkan anda mengambil gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah.

Kamera selfie yang dimiliki oleh Asus Zenfone 2 Laser adalah kamera 5MP dan ianya turut memiliki mod pencantikan yang dikenali sebagai ‘Beautification’ dan Selfie Panorama.


Berdasarkan ujian kami, Asus Zenfone dilihat mempunyai pemfokusan yang sangat pantas yang akan memastikan anda tidak terlepas sebarang saat indah yang harus diambil sebagai kenangan.


Asus Zenfone 2 hadir dengan pemproses Snapdragon 410 daripada Qualcomm dan turut disertakan dengan 2GB RAM + 16GB ROM. Selain itu, model ini juga menyokong rangkaian LTE pada kedua-dua slot SIM, mempunyai slot microSD dengan tambahan memori sehingga 128GB, bateri berkapasiti 3,000 mAh dan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Harga

Asus Zenfone 2 Laser mempunyai harga yang sangat kompetetif iaitu hanya RM 799 dan dengan teknologi kamera yang baik selain spesifikasi dalaman yang mengagumkan, kami pasti Asus Zenfone 2 Laser adalah sesuatu yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar.


Asus Zenfone Laser 2 buat masa ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, merah dan hitam manakala dua warna baru iaitu emas dan perak akan ditawarkan tidak lama lagi.


Selain itu, jika anda merasakan Zenfone 2 Laser dengan skrin paparan 5.5-inci adalah terlalu besar, anda boleh menunggu sehingga penghujung bulan ini kerana Asus telah mengesahkan bahawa mereka akan menawarkan versi 5.0-inci tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, jika anda mahukan skirn paparan 1080p dan pemproses dalaman yang lebih baik, Asus Zenfone 2 dengan skirn paparan 6.0-inci mungkin akan menjadi pilihan anda dan peranti ini mungkin memasuki pasaran tempatan bulan hadapan.


Asus Zenfone 2 Laser




Contoh gambar yang diambil melalui Asus Zenfone 2 Laser

Contoh gambar mod ‘Super Resolution’
Contoh gambar mod ‘low-light’
Contoh gambar mod ‘auto’

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia