Pages

Saturday, October 3, 2015

LG V10 Dilancarkan Secara Rasmi – Dua Teknologi Unik



LG secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas atasan yang dikenali sebagai V10. LG V10 hadir dengan reka bentuk dan ciri unik dimana terdapat satu skrin tambahan dan dua unit kamera selfie.

Seperti yang pernah dikatakan, sebagai pelengkap kepada skrin paparan QHD 5.7-inci, LG V10 hadir dengan satu skrin paparan 2.1 yang mempunyai resolusi 1040 x 160 yang diletakkan betul-betul di atas skrin paparan utama telefon pintar ini. Skrin paparan ini akan berfungsi selama 24 jam setiap hari dan akan memberikan maklumat penting dan notifikasi.


Tidak setakat itu, LG juga telah memperkenalkan satu lagi reka bentuk yang inovatif dengan membekalkan dua unit kamera selfie dengan resolusi 5MP. Satu unit kamera ini hadir dengan lensa biasa dimana unit kamera ini boleh digunakan untuk selfie peribadi anda manakala satu unit kamera lagi boleh digunakan untuk mengambil selfie secara berkumpulan kerana ianya hadir dengan lensa lebar.


Selain itu, LG V10 juga hadir dengan kamera utama 16MP yang mempunyai aperture f/1.8 dan teknologi pemfokusan laser seperti pada LG G4. Selain itu, LG juga menyertakan kawalan manual dan pada V10 kawalan manual ini juga meliputi kelantangan suara yang anda mahu pada rakaman video anda.


LG V10 juga hadir dengan reka bentuk yang sangat premium. Ianya menggunakan rangka besi tahan karat dan skrin paparan yang dilapisi oleh dua lapis Gorilla Glass 4. Selain itu, panel belakang telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk berasakan plastik silikon yang mempunyai nama ‘Dura Skin’.


Beralih kepada spesifikasi dalaman, LG V10 hadir dengan pemproses Snapdragon 808 dengan 4GB RAM, 64 memori simpanan dalaman, slot microSD, sensor pengesan capjari, bateri berkapasiti 3,000mAh dengan Quick Charge 2.0 yang mampu mengecas bateri dari O% – 50% dalam masa 40 minit sahaja dan Android 5.1.1 Lollipop.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia