Pages

Wednesday, September 16, 2015

Apple IOS 9 Akan Mula Ditawarkan 16 September Ini



Selepas salah satu pelancaran terbesar semalam yang menyaksikan Apple memperkenalkan iPhone 6s, iPhone 6s Plus, Apple iPad Pro dan Apple TV. Kini, berita gembira bagi anda yang memiliki model lama iPhone, iPad ataupun iPod untuk meraikan berita ini.

Kemaskini sistem operasi Apple iOS 9 akan ditawarkan secara rasmi mulai 16 September ini dan anda dijangka akan mendapat notifikasi yang memberikan anda peringatan apabila kemaskini ini sudah siap untuk dimuat turun ke peranti Apple anda.

Apple iOS 9 hadir dengan banyak ciri yang baru dan seperti iOS 8, kebanyakkan perubahan ini adalah dari segi dalaman kerana kekukuhan yang dimiliki oleh sistem operasi Apple ini tidak memerlukan perubahan drastik.

Namun bagi anda yang sudah bercadang untuk memiliki iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, anda akan mendapat iOS 9 ini secara terus pada telefon pintar.

Walaupun Apple tidak pernah memberikan sebarang waktu akan bila kemaskini ini boleh dibuat, berdasarkan kemaskini sebelum ini, Apple iOS 9 dijangka akan ditawarkan pada pukul 10 pagi waktu Pacific manakala bagi pasaran Amerikat Syarikat, mereka dijangka akan menerimanya sekitar tengahari manakala bagi benua Eropah mereka akan mendapat kemaskini ini pada petang 16 September.

Persoalan utama yang pasti mahu tahu adalah, bilakah kemaskini ini akan ditawarkan di Malaysia. Apple iOS 9 dijangka akan boleh dimuat turun oleh kesemua peranti iOS yang layak mulai jam 1 pagi 17 September waktu Malaysia


berikut adalah model yang akan menerima iOS 9




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia