Pages

Saturday, September 12, 2015

Apple Secara Rasminya Melancarkan IPhone 6s & 6s Plus – Kamera ISight 12MP





Apple secara rasminya telah melancarkan generasi telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang dilihat hadir dengan banyak perubahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat Apple.

Walaupun dari segi luaran iPhone 6s dan 6s Plus hadir dengan reka bentuk yang sama, kedua Apple iPhone 6s ini hadir dengan rangka aluminium siri 7000 yang lebih berketahanan tinggi ini adalah teknologi aluminium yang digunakan pada industri angkasa lepas.



kedua-dua iPhone 6s ini masih mengekalkan skrin paparan HD Retina berukuran 4.7-inci bagi 6s dan 5.5-inci bagi 6s Plus namun skrin paparan ini kini hadir dengan teknologi ‘multi-touch’ yang dikenali sebagai 3D Touch dimana srkin paparan ini mampu mengesan kekuatan tekanan jari anda dan mengaktifkan beberapa pintasan ke aplikasi yang dilihat sangat menarik.


walaubagaimanapun, dari segi dalaman, iPhone 6s dan 6s Plus hadir dengan perubahan paling drastik pernah disaksikan pada telefon pintar iPhone. kedua-dua model iPhone 6s ini hadir dengan pemproses Apple A9 dan pemproses motion kini diletakkan didalam pemproses Apple A9 dan Apple dilihat masih mengekalkan pengunaan 1GB RAM.


selain itu, Apple akhirnya telah memberikan peningkatan pada kamera, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus kini hadir dengan kamera iSight 12MP yang dilihat sangat mengagumkan dan lebih menarik bagi pengemar selfie, kamera hadapan facetime kedua-dua iPhone 6s kini adalah 5MP dan mempunyai flash yang berasakan pada skrin yang dikenali sebagai Retina Flash.


selain itu, kamera ini juga mempunyai satu ciri pengambilan gambar yang baru dan dikenali sebagai ‘Live Photos’ diamana anda akan mengambil gambar seperti biasa, namun teknologi kamera ini akan merakam video 1.5 saat sebelum dan selepas gambar ini diambil dan akan dimainkan semula apabila anda menekan gambar ini dengan lebih laman.

kedua-dua iPhone 6s dan iPhone 6s Plus juga hadir dengan kebolehan untuk merakam video 4K dengan resolusi 2160p, teknologi 4G LTE dan teknologi Wi-Fi yang dua kali lebih laju berbanding versi sebelumnya.


selain itu, dari segi bateri pula, iPhone 6s dikatakan akan hadir dengan bateri 1,715mAh iaitu lebih kecil daripada daripada iPhone 6s yang hadir dengan bateri berkapasi 1,810mAh namun tiada sebarang maklumat mengenai kapasiti bateri iPhone 6s Plus.


iPhone 6s dan iPhone 6s Plus juga kini akan ditawarkan didalam warna baru iaitu warna ‘rose gold’ yang sama seperti pada Apple Watch.



kedua-dua Apple iPhone 6s yang hadir dengan sistem operasi iOS 9 ini akan ditawarkan didalam tiga kapasiti memori simpana dalaman iaitu 16GB, 64GB dan 128GB.
bagi pengguna produk iOS yang lain, iOS 9 akan mula ditawarkan kepada anda mulai minggu hadapan atau secara tepatnya pada 16 September.


iPhone 6s dan 6s Plus akan mula dibuka untuk tempahan pada 12 September dengan penjualan pertama akan bermula pada 25 September di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun Singapura, New Zealand dan Puerto Rico.


kedua-dua iPhone 6s ini juga akan memasuki hampir 130 negara seluruh dunia bersama lebih 400 syarikat telekomunikasi menjelang penghujung tahun ini.

bagi pasaran Malaysia, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus mungkin tiba ke pasaran tempatan pada penghujung bulan Okotber atau selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan November.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia