Pages

Sunday, September 6, 2015

Perbandingan Pelan Maxis, Celcom, DiGi & UMobile Untuk Note 5 & S6 Edge




Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+ yang secara rasminya mula dijual hari ini dan kini kesemua syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Maxis, Celcom, DiGi dan UMobile telah mengeluarkan maklumat mengenai pelan yang ditawarkan bersama-sama kedua-dua peranti ini. Berikut adalah perbandingan kesemua pelan ini.

Maxis

Dengan program pemilikan Zerolution yang dilancarkan Maxis bulan lalu, pemilikan telefon pintar kini lebih mudah dan anda tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran muka yang tinggi. Bagi memiliki Galaxy Note 5 anda hanya perlu membayar sekitar RM 138 sebulan + pelan MaxisONE pilihan anda manakala bagi Galaxy S6 Edge+ pula, bayaran bulanan bermula pada harga serendah RM 156 + pelan MaxisONE pilihan anda.





Selain itu, jika anda tidak berminat untuk memiliki telefon pintar ini melalui program pembayaran Zerolution anda mungkin boleh memilikinya melalui pelan MaxisOne dengan harga peranti yang lebih murah sedikit.


Celcom


pelan bagi Galaxy Note 5
Celcom pula menawarkan Galaxy Note 5 dan S6 Edge+ melalui pelan mereka iaitu FIRST Basic 85 dan FIRST Elite. Kedua-dua pelan in memerlukan anda membayar langganan bulanan RM 85 dan RM 235 bagi 24 bulan.


Harga bagi Galaxy Note 5 dibawah pelan FIRST Basic 85 adalah RM 1,938 manakala dibawah pelan FIRST Elite, Galaxy Note 5 ditawarkan pada harga RM 1,138.


pelan bagi Galaxy S6 Edge
Harga bagi Galaxy S6 Edge+ pula adalah RM 2,288 bagi pelan FIRST Basic 85 manakala bagi pelan FIRST Elite pula harga peranti ini adalah RM 1,488.

Bagi pelan FIRST Basic 85, anda perlu membayar pendahuluan RM 250 + harga peranti ketika membuat pendaftaran manakala bagi pelan FIRST Elite anda perlu membayar pendahulan RM 1000 + harga peranti.


DiGi


DiGi mempunyai pelan yang paling banyak antara kesemua syarikat telekomunikasi ini. Sebanyak 8 jenis pelan yang dibahagikan kepada dua jenis pelan ditawarkan oleh DiGi bagi Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge.


Pelan DiGi High Data yang menawarkan kuota data internet yang lebih tinggi mempunyai 4 jenis iaitu High Data 78, High Data 98, High Data 148 dan High Data 238.



Pelan High Voice pula menawarkan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian namun dengan kuota internet yang lebih rendah. Pelan ini juga mempunyai bayaran bulanan yang sama seperti pelan High Data. Antara pelan yang ditawarkan di pakej ini adalah High Voice 78, High Voice 98, High Voice 148 dan High Voice 238.


Kesemua pelan ini terikat pada kontrak 24-bulan dengan harga peranti bermula dari serendah RM 1239. Selain itu bagi pelan 78 dan 98, anda perlu membayar pendahuluan berserta dengan harga peranti manakal bagi pelan 148 dan 238 anda tidak perlu membayar sebarang pendahuluan.

UMobile



UMobile dalam pada itu turut menawarkan Samsung Galaxy Note 5 dibawah pelan pascabayar mereka namun tidak menawarkan Galaxy S6 Edge+.


Terdapat tiga jenis pelan yang ditawarkan oleh UMobile iaitu Ultimate Device 65, Ultimate Device 95 dan Ultimate Device 135 dengan harga peranti bermula serendah RM 1,299 bagi pelan yang mempunyai bayaran bulanan yang paling tinggi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia