Pages

Wednesday, September 30, 2015

Apple IPhone 6s & 6s Plus Melalui Ujian Jatuhan ‘Drop-Test’


Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus secara rasminya telah mula dijual minggu lalu dan kini sudah ditawarkan di Malaysia melalui beberapa pengedar termasuk Lazada Malaysia yang menawarkan jaminan waranti rasmi Apple.

Seperti biasa, sebelum anda membeli iPhone 6s dan iPhone 6s Plus pasti anda ingin mengetahui lebih mendalam mengenai telefon pintar ini dan salah satu perkara yang anda harus tahu adalah apakah ketahanan model ini.


Techbuff, telah melakukan ujian jatuhan ‘drop test’ ke atas iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dan kesimpulan dari mereka adalah generasi baru iPhone 6s ini lebih tahan lasak berbanding tahun lalu.

Jika tahun lalu, iPhone 6 dan 6s Plus telah dihantui isu ‘bend gate’ yang mana reka bentuk iPhone 6 Plus dilihat tidak kukuh dan mampu melengkung jika diberikan tekanan yang tinggi pada rangka.


Disebabkan masalah ini Apple telah mengunakan aluminium siri 7000 yang lebih kukuh yang menjadikan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus lebih tahan lasak dan memastikan episode ‘bend-gate’ tidak lagi berulang.

retakan skrin yang dialami oleh iPhone 6s
Berdasarkan video ini, hasil ujian yang dilakukan oleh Techbuff jelas menunjukkan iPhone 6s dan 6s plus berjaya melepasi ujian jatuhan belakang dan sisi dengan mudah namun pada ujian jatuhan hadapan kedua-dua iPhone 6s ini telah mengalami retakan pada kaca skrin.

retakan skrin yang dialami oleh iPhone 6s Plus
Retakan pada iPhone 6s Plus dilihat lebih teruk berbanding retakan pada iPhone 6s dan ini mungkin kerana iPhone 6s Plus mempunyai berat dan skirn paparan yang lebih besar.


Anda boleh menonton video ini dibawah.



 like us



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia