Pages

Thursday, September 17, 2015

OPPO Mendakwa Teknologi Flash ‘Retina Flash’ Bukan Sesuatu Yang Baru


Minggu lalu, Apple telah melancarkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang dilihat mendapat perhatian ramai pengguna kerana ianya hadir dengan banyak ciri baru antaranya adalah teknologi flash skrin yang dikenali sebagai ‘Retina Flash’ untuk kamera selfie 5MP yang dimiliki oleh model iPhone ini.

Walaubagaimanapun, OPPO, pengeluar dari China melalui akaun Facebook Oppo India telah mendedahkan bahawa teknologi flash pada skrin ini bukanlah sesuatu yang baru dan telah ditawarkan pada Oppo R7, Oppo R7 Plus, Oppo R7 Lite dan Oppo R5 sebelum Apple memperkenalkan teknologi yang sama pada iPhone 6s dan iPhone 6s Plus minggu lalu.

Oppo jika dilihat memerli Apple dengan mengingatkan pengguna supaya jangan terpedaya dengan teknologi flash pada skrin yang digelar sebagai Retina Flash dan juga telah meletakkan gambar yang membandingkan teknologi skrin flash Oppo dan Retina Flash.


Seperti biasa, sejurus selepas pelancaran iPhone yang baru, pengeluar telefon pintar lain akan hadir dengan taktik untuk memperlekehkan kebolehan dan ciri yang dimiliki oleh telefon pintar Apple ini namun ini bukanlah sesuatu yang akan menjejaskan penjualan Apple kerana kehebatan pemasaran Apple. Sebagai contoh, jika anda bertanya apakah telefon pintar pertama dengan teknologi flash skrin, kami pasti semua akan menjawab ianya adalah Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.


selain Oppo, Sony turut tidak ketinggalan memperlekehkan iPhone 6s dan iPhone 6s dengan membandingkan bateri dan kamera yang dimiliki oleh Sony Xperia Z5.

Sumber : Oppo India

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia