Pages

Monday, September 28, 2015

Apple IPhone 6s & 6s Plus Kini Di Malaysia Melalui Lazada


Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus telah mula dijual di 12 negara utama dunia secara rasmi dan dari apa yang kami lihat, generasi iPhone ini mendapat sambutan hangat dengan stok habis serta merta.

Bagi peminat Apple di Malaysia, kita masih jauh lagi sebelum kedua-dua model iPhone ini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mampu untuk menunggu sehingga ke pelancaran rasmi di Malaysia dan tidak kisah membayar lebih untuk menjadi antara yang pertama di Malaysia memiliki iPhone 6s atau 6s Plus, Lazada kini menawarkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Hasil tinjauan kami di laman sesawang Lazada mendapati iPhone 6s dan 6s Plus ditawarkan didalam tiga jenis kapasiti memori simpanan dalaman dan warna.

iPhone 6s 16GB dengan harga penjualan rendah adalah dari RM 3,529 manakala bagi iPhone 6s 64GB harga penjualan paling rendah adalah dari RM 3,980 manakala harga paling rendah bagi versi 128GB adalah RM 4,599.

Selain itu, iPhone 6s Plus pula mempunyai harga penjualan dari RM 4,949 bagi versi 16GB, versi 64GB bermula dari RM 5,398 manakala versi 128GB pula bermula dari RM 5,915.

Kami juga mendapati, warna baru bagi kedua-dua iPhone 6s dan iPhone 6s Plus iaitu warna emas ros dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding warna lain. (ketika dilaporakan, tiada warna ros emas bagi iPhone 6s Plus).

Selain itu, pihak Lazada Malaysia juga telah mengesahkan bahawa kesemua model iPhone yang ditawarkan oleh mereka mempunyai jaminan waranti daripada Apple bagi rantau Asia Tenggara dan ini bermaksud anda boleh melakukan sebarang tuntutan servis di mana-mana wakil pengedar Apple sejurus sahaja telefon pintar ini ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

maklumat lanjut disini Lazada iPhone 6s & 6s Plus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia