Pages

Tuesday, September 22, 2015

Apple IPhone 6s & 6s Plus Dijangka Melepasi Rekod 10 Juta Unit



iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang telah dilancarkan minggu lalu dengan tempahan dibuka pada 12 September dan Apple melaporkan tempahan awal bagi kedua-dua model iPhone 6s ini sangat memberangsangkan dan berada didalam landasan terbaik untuk memecahkan rekod penjualan yang dicapai oleh iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Ini memberikan kita petunjuk bahawa Apple menyasarkan untuk mencapai penjualan melebihi 10 juta unit bagi minggu pertama yang dicapai oleh iPhone 6 dan 6 Plus. Apple optimstik kerana kempen tempahan bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus mendapat sambutan yang hangat dengan kesemua stok awal habis ditempah.

Walaupun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai kempen tempahan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini, Apple dijangka akan melepasi jumlah 4 juta unit tempahan yang dilakukan didalam masa 24 jam pertama tahun lalu lebih-lebih lagi kerana China menyertai negara lain sebagai antara pasaran pertama menerima telefon pintar terbaru Apple ini.

Selain itu, Apple turut mendedahkan, berlainan dengan tahun lalu, model Plus tahun ini dilihat lebih mendapat perhatian berbanding model iPhone 6s dan ini mungkin disebabkan minat kepada skrin paparan yang lebih besar telah meningkat. Apapun, kesemua maklumat awal ini dijangka akan disahkan apabila penjualan bermula pada 25 September ini.

Berdasarkan laporan tahun lalu, Apple dijangka akan mengumumkan statistik penjualan minggu pertama mereka pada 28 September dan perhatian pasti diberikan kerana kami pasti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan mencipta rekod penjualan baru.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia