Pages

Sunday, September 27, 2015

Lenovo PHAB Plus Dilancarkan Secara Rasmi – RM 1,199



Lenovo PHAB Plus yang dilancarkan di IFA awal bulan ini kini secara rasminya telah dilancarkan di pasaran tempatan.

Lenovo PHAB Plus merupakan peranti hibrid yang menggabungkan telefon pintar + phablet yang hadir dan dengan skrin paparan 1080p 6.8-inci.

Lenovo Malaysia telah membuka tempahan bagi telefon pintar ini minggu lalu dengan harga penjualan RM1,199.


Selain skrin paparan 6.8-inci, Lenovo PHAB Plus turut hadir pemproses Qualcomm Snapdragon 615 berkelajuan 1.5GHz, 2GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, Lenovo PHAB Plus ini hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash dwi-tona manakala pada bahagian hadapan, terdapat kamera 5MP untuk mengambil gambar selfie.

Selain itu, peranti hibrid ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,500mAh, sokongan 4G LTE, dwi-SIM dan mempunyai fungsi pengunaan sebelah tangan yang boleh diubah mengikut kehendak pengguna.


Lenovo PHAB Plus akan ditawarkan mulai didalam dua warna iaitu kelabu dan emas dengan harga penjualan RM1,199

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia