Pages

Tuesday, September 8, 2015

Apple IPhone 7 Akan Mempunyai Kenipisan Kurang Dari 6mm





Walaupun majlis pelancaran Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, penganalisan terkenal dari KGI iaitu Ming-Chi Kuo sudah mula melihat ke masa hadapan ke pelancaran iPhone tahun hadapan yang jika mengikut tradisi penamaan Apple akan dikenali sebagai iPhone 7.

Setiap dua tahun, Apple hampir pasti akan hadir dengan reka bentuk yang baru bagi iPhone dan pada tahun 2016 kita mungkin menyaksikan satu lagi reka bentuk baru bagi iPhone. Laporan terbaru mengatakan, iPhone 7 mungkin memiliki kenipisan yang boleh menyaingi iPod iaitu kenipisan antara 6 hingga 6.5mm. sebagai perbandingan iPhone 6 dan iPhone 6s Plus mempunyai kenipisan 6.9 dan 7.1mm.

Selain itu, Ming-Chi Kuo turut mengesahkan bahawa generasi iPhone 7 juga akan menggunakan teknologi skirn paparan Force Touch yang sama seperti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus kerana jumlah kos pembangunan yang tinggi bagi teknologi ini.

Jika ini benar, Apple dilihat tidak mempunyai sebarang perancangan untuk beralih kepada teknologi skrin gelas yang mampu menawarkan resolusi yang lebih tinggi. KGI juga berkata bahawa, Apple dilihat masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk beralih kepada skrin paparan 4K. persoalan ini timbul selepas Sony melancarkan telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4k yang mempunyai 809ppi.

Walaubagaimanapun, salah satu kelebihan teknologi skrin yang digunakan oleh Apple kini adalah ianya mampu menawarkan kenipisan maksimum sekaligus membantu aspirasi Apple yang mahu menjadikan iPhone 7 antara telefon pintar ternipis dipasaran.

Walaupun berita ini boleh dilihat sedikit pelik kerana belum seleasi pelancaran iPhone 6s kita sudah mula beralih kepada iPhone 7, skala waktu Apple adalah sangat hebat dimana syarikat Cupertino ini akan membangunkan beberapa generasi telefon pintar secara serentak.

Bagi pengguna, fokus utama adalah pelancaran iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang akan berlangsung pada 9 September ini dan kami akan membawakan anda maklumat terkini majlis pelancaran ini khas untuk anda.

Menyentuh sedikit mengenai iPhone 6s dan 6s Plus, walaupun mengekalkan penampilan luaran, generasi iPhone ini akan menerima banyak perubahan dari segi dalaman dan mungkin yang terbesar bagi iPhone. Antara ciri yang dikatakan akan disertakan pada model ini adalah, pemproses yang lebih pantas, kamera yang lebih baik, skrin paparan Force Touch, kapasiti RAM yang lebih besar dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia