Pages

Saturday, September 19, 2015

Lenovo PHAB Plus Bakal Dilancarkan Di Malaysia – Tempahan Dibuka



Lenovo PHAB Plus yang telah membuat penampilan sulung di IFA yang baru-baru ini kini dilihat sudah bersedia untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan.

Lenovo PHAB Plus merupakan peranti hibrid telefon pintar + phablet yang hadir dengan skrin paparan 1080p 6.8-inci.

Lenovo Malaysia kini telah membuka tempahan bagi telefon pintar ini dan akan mempunyai harga penjualan RM1,199. Tempahan Lenovo PHAB Plus ini boleh dibuat melalui akaun Facebook Lenovo Malaysia dimana bagi 100 pembeli pertama anda akan menerima hadiah percuma bernilai hampir RM600.



Selain skrin paparan 6.8-inco, Lenovo PHAB Plus turut hadir pemproses Qualcomm Snapdragon 615 berkelajuan 1.5GHz, 2GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, Lenovo PHAB Plus ini hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash dwi-tona manakala pada bahagian hadapan, terdapat kamera 5MP.

Selain itu, Model ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,500mAh, sokongan 4G LTE, dwi-SIM dan mempunyai fungsi pengunaan sebelah tangan yang unik.

Lenovo PHAB Plus  akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan emas. lebih banyak maklumat mengenai model ini akan kami berikan apabila model ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu hadapan. tempah Lenovo PHAB Plus disini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia