Pages

Monday, September 21, 2015

Adakah Anda Patut Membeli IPhone 6s Atau IPhone 6s Plus



Setiap tahun pada bulan September, pengguna akan disajikan dengan pelancaran generasi telefon pintar baru daripada Apple dan minggu lalu, Apple telah melancarkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Dari detik itu, sudah pasti timbul dilema didalam hati penggemar iPhone samada untuk membeli iPhone yang baru ini.

Bagi pemilik iPhone 5s dan kebawah, pembelian iPhone 6s dan iPhone 6s Plus mungkin sesuatu yang anda boleh fikirkan namun bagi pemilik iPhone 6 dan iPhone 6 Plus kami merasakan anda perlu melawan godaan ini sehingga tahun hadapan.

Bagi pengguna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, persoalan yang akan timbul adalah adakah ianya berbaloi untuk membeli iPhone 6s atau iPhone 6s Plus. Bagi kami, jawapanya adalah tidak, kerana beberapa faktor seperti berikut.

Reka bentuk yang sama

-iPhone 6s dan iPhone 6s Plus tidak hadir dengan reka bentuk yang baru kerana ini adalah telefon pintar generasi ‘s’ dan tahun hadapan iPhone 7 dijangka akan hadir dengan reka bentuk luaran yang lebih baik.

Ringgit Malaysia vs Dolar Amerika

– kedudukan Ringgit berbanding Dolar Amerika telah jatuh teruk dan kini berada pada kadar RM4.40 bagi satu dolar. Disebabkan ini, Apple Malaysia juga telah bertindak menaikkan harga penjualan hampir kesemua produk Apple yang ditawarkan di sini.

-Selain itu, kebiasaanya, dengan pelancaran model iPhone yang baru, harga penjualan generasi iPhone yang dilancarkan sebelum ini akan diturunkan sebanyak RM 300. Namun tahun ini, pelancaran iPhone 6s dan iPhone 6s Plus tidak memberikan sebarang perubahan kepada harga iPhone 6 dan iPhone 6s Plus malah harga beberapa model iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah naik.

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus lebih tebal

kedua-dua model iPhone 6s kini hadir dengan teknologi rangka aluminium siri 7000 yang kebiasaanya digunakan didalam industri angkasa lepas. Jika dibandingkan dengan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, kedua-dua iPhone 6s kini 0.2mm lebih tebal.

Selain itu, berat model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus kini juga telah bertambah. iPhone 6s kini 14 gram (143g) lebih berat berbanding iPhone 6 yang mempunyai berat 129 gram. iPhone 6s Plus pula kini mempunyai berat 192gram iaitu 20 gram lebih berat berbanding iPhone 6 Plus yang mempunyai berat 172 gram.


Kesimpulan

Walaupun kami memberikan anda faktor dan sebab yang perlu anda fikirkan sebelum membeli iPhone 6s atau iPhone 6s Plus. Namun segala keputusan terletak kepada keputusan anda untuk memilikinya atau pun tidak. Semoga info ini bermanfaat kepada anda :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia