Pages

Saturday, October 31, 2015

OnePlus X Dilancarkan Secara Rasmi – Dari RM 1074


OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus X yang mana tidak seperti model OnePlus One dan OnePlus 2 yang mengutamakan spesifikasi, OnePlus X lebih kepada reka bentuk yang premium pada rangka kompak.

OnePlus X hadir didalam dua pilihan reka bentuk yang dikenali sebagai Onyx dan Seramik. Kedua-dua versi ini hadir dengan panel besi dan mempunyai panel gelas pada bahagian belakang.

Walaubagaimanapun, tumpuan bagi OnePlus X diletakkan terutamanya pada versi Seramik yang mana OnePlus mendakwa mengambil masa 25 hari untuk menyiapkanya dan lebih menarik, hanya 10,000 unit versi ini akan dibuat.


Dari segi spesifikasi, OnePlus X hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p, pemproses Snapdragon 801, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan slot microSD yang turut menyokong SIM tambahan.

Dari segi kamera pula, OnePlus X akan hadir dengan kamera utama 13MP ISOCELL daripada Samsung manakala kamera hadapan adalah 8MP OmniVision.

Dari segi ukuran dimensi pula, ianya mempunyai ukuran 140 x 69 x 6.9mm dengan berat keseluruhan berada pada kadar 138gram bagi versi Onyx manakala versi Seramik mempunyai berat 160gram.


OnePlus X hadir dengan UI OxygenOS dengan Android 5.1.1 Lollipop dan tidak lupa juga bateri berkapasiti 2,520mAh.


OnePlus X akan mempunyai harga penjualan $249 (RM 1,074) bagi versu Onyx manakala versi Seramik mempunyai harga penjualan $319 (RM 1,376) didalam kuantiti terhad.

Buat masa ini, OnePlus tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini ke pasaran tempatan namun jika menjadi kenyataan, Maxis dijangka akan mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkanya di Malaysia


Seperti produk lain daripada OnePlus, anda memerlukan kod jemputan untuk membeli OnePlus X. bagi anda yang berminat anda boleh mendaftarkan untuk mendapatkan jemputan ini di sini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia