Pages

Monday, October 12, 2015

Spesifikasi OnePlus Mini Didedahkan – Pemproses Helio X10


Seperti yang pernah didedahkan oleh Carl Pei, OnePlus akan melancarkan satu telefon pintar mampu milik sebeleum penghujung tahun ini dan kini segala maklumat spesifikasi yang dimiliki oleh telefon pintar ini telah diketahui.

Telefon pintar ini akan dikenali sebagai OnePlus Mini dan akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci ( lapisan gelas Gorilla 2.5D daripada Corning), pemproses MediaTek Helio X10, 2GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman ( eMMC 5.0).

Dari segi kamera pula, OnePlus Mini sebelum ini pernah dilaporkan akan memiliki kamera berkembar dibahagian belakang namun sumber ini mengatakan ianya hanya akan memiliki kamera Sony IMX248 13MP yang disertakan dengan flash LED dwi-tona. Dari kamera hadapan pula, ianya akan memiliki kamera 5MP dengan lensa lebar.

Selain itu, spesifikasi lain yang akan dimiliki oleh telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3,000-3,100mAh( dengan teknologi pengecasan pantas), slot USB Type-C, NFC dan IR Blaster.

Lebih menarik, OnePlus Mini akan memiliki satu sensor pengesan cap jari dibahagian belakang, pembesar suara 1.2W dan akan mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Sumber juga mendakwa bahawa OnePlus Mini akan ditawarkan pada harga sekitar $250 dan akan mula dijual sekitar bulan November atau December.

Selain itu, masih juga tidak diketahui samada pembelian OnePlus Mini juga akan menggunakan sistem jemputan yang kurang diminati oleh peminat OnePlus.

bagi Malaysia, OnePlus Mini mungkin akan ditawarkan oleh Maxis kerana syarikat telekomunikasi ini memiliki hak pengedaran eksklusif bagi OnePlus One dan OnePlus Two.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia