Pages

Friday, October 2, 2015

LG Nexus 5X Dilancarkan Secara Rasmi – Android Marshmallow



Google secara rasminya telah memperkenalkan dua versi telefon pintar terbaru Nexus mereka iaitu Nexus 5X dan Nexus 6P.

Nexus 5X yang dikeluarkan dengan kerjasama LG hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.2-inci dengan kepadatan piksel 424ppi. Skrin paparan telefon pintar ini turut hadir dengan gelas perlindungan Gorilla Glass 3 daripada Corning.


Selain itu, seperti diduga, Nexus 5X hadir dengan Android 6.0 Marshmallow yang beroperasi pada pemproses Snapdragon 808, 2GB RAM, Adreno 418 GPU dan mempunyai dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB ( tiada slot microSD).


Dari segi kamera pula, LG Nexus 5X hadir dengan kamera 12.3MP dengan f/2.0 aperture dan 1.55 micro pixel. Walaupun hadir dengan saiz micron yang besar, Nexus 5 tidak mempunyai optik pengstabilan imej (OIS). Kamera ini juga mampu merakam video 2K, mempunyai teknologi pemfokusan IR laser dan flash dwi-tona ‘broad-spectrum’.


LG Nexus 5X hadir dengan bateri berkapasiti 2,700mAh, sensor pengesan capjari, Wi-Fi 802.11ac (2×2 MIMO), slot USB-Type C, NFC, Bluetooth 4.2 dan GPS/GLONASS. Selain itu, Nexus 5X turut mempunyai satu pembesar suara dibahagian hadapan dengan 3 mikrofon.


LG Nexus 5X telah mula dibuka untuk tempahan sejurus selepas pelancaran di Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan, Jepun dan Ireland dengan harga penjualan bermula dari $379.99 atau sekitar RM 1690 bagi versi 16GB.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia