Pages

Wednesday, November 4, 2015

Vivo Xplay 5S Bakal Menjadi Antara Telefon Pintar Ternipis Didunia


Vivo Xplay 5S yang bakal dilancarkan tidak lagi kini telah membuat penampilan tidak rasmi apabila model baru ini dibandingkan dengan  Vivo X5 Pro.

Vivo Xplay 5S yang dibandingkan dengan X5 Pro ini mempunyai kenipisan yang pasti akan membuat anda terpukau iaitu hanya 4mm.

Walaupun hadir dengan reka bentuk yang nipis, Vivo tidak mengabaikan sebarang spesifikasi asas yang haru dimiliki oleh sebuah telefon pintar termasuk slot 3.5mm audio.

Vivo Xplay 5S juga dijangka tidak akan mempunyai masalah panel belakang yang tidak rata kerana syarikat ini berjaya menempatkan kamera yang lebih baik namun dengan sensor yang lebih rata.


Vivo Xplay 5S ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan 4K, pemproses Snapdragon 820, 3GB RAM dan kamera utama 23MP

Apa yang sedikit merisaukan kami adalah, disebabkan reka bentuk yang nipis ini, kapasiti bateri yang disertakan pada Vivo Xplay 5S mungkin sedikit terjejas namun kami berharap Vivo berjaya menempatkan kapasiti bateri yang baik iaitu sekitar 2600-3000mAh.


Apa pun segala persoalan mengenai Vivo Xplay 5S dijangka akan terjawab apabila model ini dilancarkan secara rasmi didalam masa terdekat.

[ SUMBER ]


Sunday, November 1, 2015

Oppo Neo 7 Tiba Di Malaysia 3 November Ini – RM 798


OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa, peranti terbaru Oppo Ne0 7 yang baru dilancarkan tiga hari lalu akan mula ditawarkan di sini dengan harga penjualan RM 798.

OPPO Neo 7 hadir dengan skrin paparan FTF qHD berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 410, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, OPPO Neo 7 juga hadir dengan kamera utama 8MP dengan aperture f/2.0 manakala pada bahagian hadapan model ini hadir dengan kamera 5MP f/2.4

Selain itu, OPPO Neo 7 hadir bateri berkapasiti 2,420 mAh, slot microSD, dengan ukuran dimensi 142.7 x 71.7 x 7.6mm dengan berat 141gram dan ditawarkan didalam dua versi iaitu 3G dan 4G.

Oppo Neo 7 dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih emas dan hitam.

Saturday, October 31, 2015

OnePlus X Dilancarkan Secara Rasmi – Dari RM 1074


OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus X yang mana tidak seperti model OnePlus One dan OnePlus 2 yang mengutamakan spesifikasi, OnePlus X lebih kepada reka bentuk yang premium pada rangka kompak.

OnePlus X hadir didalam dua pilihan reka bentuk yang dikenali sebagai Onyx dan Seramik. Kedua-dua versi ini hadir dengan panel besi dan mempunyai panel gelas pada bahagian belakang.

Walaubagaimanapun, tumpuan bagi OnePlus X diletakkan terutamanya pada versi Seramik yang mana OnePlus mendakwa mengambil masa 25 hari untuk menyiapkanya dan lebih menarik, hanya 10,000 unit versi ini akan dibuat.


Dari segi spesifikasi, OnePlus X hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p, pemproses Snapdragon 801, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan slot microSD yang turut menyokong SIM tambahan.

Dari segi kamera pula, OnePlus X akan hadir dengan kamera utama 13MP ISOCELL daripada Samsung manakala kamera hadapan adalah 8MP OmniVision.

Dari segi ukuran dimensi pula, ianya mempunyai ukuran 140 x 69 x 6.9mm dengan berat keseluruhan berada pada kadar 138gram bagi versi Onyx manakala versi Seramik mempunyai berat 160gram.


OnePlus X hadir dengan UI OxygenOS dengan Android 5.1.1 Lollipop dan tidak lupa juga bateri berkapasiti 2,520mAh.


OnePlus X akan mempunyai harga penjualan $249 (RM 1,074) bagi versu Onyx manakala versi Seramik mempunyai harga penjualan $319 (RM 1,376) didalam kuantiti terhad.

Buat masa ini, OnePlus tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini ke pasaran tempatan namun jika menjadi kenyataan, Maxis dijangka akan mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkanya di Malaysia


Seperti produk lain daripada OnePlus, anda memerlukan kod jemputan untuk membeli OnePlus X. bagi anda yang berminat anda boleh mendaftarkan untuk mendapatkan jemputan ini di sini


Friday, October 23, 2015

Kemaskini Apple IOS 9.1 Kini Ditawarkan – Dengan 150 Emoji Baru


Kemaskini Apple iOS 9 yang ditawarkan bulan lalu iaitu selepas pelancaran iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hadir dengan satu dua masalah kecil yang mana Apple telah menyelesaikannya dengan kemaskini kecil seperti iOS 9.0.1.

Walaubagaimanapun, Apple kini telah mula menawarkan kemaskini Apple iOS 9.1 bagi peranti yang layak.



Jika dahulu, kemaskini .1 bagi iOS kebiasaanya tidak hadir dengan banyak perubahan atau ciri baru, iOS 9.1 hadir dengan hampir 150 emoji baru dan kini turut menyokong emoji Unicode 7.0 dan 8.0. senarai penuh emoji baru pada iOS 9.1 disini

Selain itu, khusus bagi pengguna iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, ciri gambar ‘Live Photos’ telah ditambah baik, kini iPhone 6s dan 6s Plus mampu mengesan samada ada menaikan atau menurunkan kedudukan telefon pintar anda dan tidak akan merakam pergerakan yang tidak bermakna ini.

Selain itu, dengan setiap kemaskini iOS, pasti akan hadir penambahbaikan dari segi fungsi kegunaan dan prestasi.

Selain itu pada Setting > Messages, anda juga boleh melihat satu pilihan yang membolehkan anda memilih untuk mahu atau tidak mahu memaparkan gambar kenalan anda.

Jika anda masih belum mendapat notifikasi untuk kemasan sistem operasi iOS 9.1 ini, anda boleh menyemaknya di Setting > General > Software Update


Thursday, October 22, 2015

HTC One A9 Dilancarkan Secara Rasmi – RM 1,713


HTC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HTC One A9 yang merupakan telefon pintar pertama dengan Android 6.0 Marshmallow selain peranti Nexus.

Dari segi spesifikasi dalaman, HTC One A9 hadir dengan skrin paparan AMOLED HD Penuh berukuran 5.0-inci, Adreno 405, dua pilihan RAM iaitu 2GB atau 3GB dan juga menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan pemproses Snapdragon 617.

Secara kasarnya, anda pasti dapat melihat persamaan reka bentuk telefon pintar ini dengan produk Apple namun HTC mendakwa mereka telah melakukan reka bentuk telefon pintar ini dengan berinspirasikan model telefon pintar HTC yang dilancarkan sebelum ini. A9 haidr dengan reka bentuk unibody keluli dengan gelas keselematan 2.5D Corning Gorilla Glass 4 meliputi kseluruhan permukaan hadapan.


Dari segi kamera pula, One A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan optik pengstabilan imej dan rakaman video 1080p. Pada bahagian hadapan pula, HTC masih mengekalkan kepercayaan pada kamera UltraPixel 4MP keluaran mereka sendiri.


HTC One A9 akan hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB ( terdapat slot microSD), sokongan rangkaian 4G LTE dan pembesar suara DAC yang menjanjikan pengalaman audio yang tiada tandingan.


Selain itu, One A9 turut dilengkapi dengan butang ‘home’ yang turut berfungsi sebagai sensor pengesan cap jari dan sebagai pengesahan untuk melakukan pembayaran di Play Store.

Dari segi bateri pula, One A9 hadir dengan bateri berkapasiti 2,150 mAh yang mempunyai sokongan Quick Charge 2.0 dan 3.0. Walaubagaimanapun, jika anda mahu melakukan pengecasan pantas ini, anda perlu membeli pengecas 15W HTC secara berasingan.

Selain itu, seperti telefon pintar utama HTC yang lain, HTC akan menawarkan perkakas Dot View II dengan fungsi yang menyeluruh.


HTC One A9 akan mula memasuki pasaran pada awal bulan November didalam warna perak, kelabu, emas dan merah ‘garnet’. hasil tinjauan kami di laman rasmi HTC mendedahkan harga penjualan model ini di Amerika Syarikat adalah  $399.99 iaitu sekitar RM 1,713 bagi versi 3GB/32GB.







Wednesday, October 21, 2015

Pepsi P1 Telefon Pintar Pertama Syarikat Akan Dilancarkan Bulan Ini


Pasaran telefon pintar dunia kini dilihat semakin menarik dan manis apabila syarikat minuman popular PepsiCo telah membuat pengesahan kepada Reuters bahawa mereka akan memasuki pasaran telefon pintar dengan melancarkan telefon pintar dibawah nama Pepsi. Pelancaran ini dijangka akan diadakan pada 23 Oktober ini.


Telefon pintar dan aksesori Pepsi akan ditawarkan dipasaran terbesar didunia iaitu China dan telefon pintar ini akan dilancarkan dengan kerjsama antara PepsiCo dan satu syarikat pengeluar yang lain.

Telefon pintar pertama PepsiCo ini dijangka akan digelar Pepsi P1 dan dari segi spesifikasi dalaman Pepsi P1 akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6592, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan slot microSD.

Selain itu, Pepsi P1 akan turut dilengkapi dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 3,000mAh dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.


Pepsi P1 dijangka akan mula memasuki pasaran China pada penghujung bulan ini dengan harga penjualan $205 iaitu sekitar RM 857.

Tuesday, October 20, 2015

Pandangan Pertama Asus Zenfone 2 Laser – Teknologi Kamera Pantas

Asus Zenfone 2 Laser yang dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan Ogos yang lalu kini secara rasminya telah ditawarkan di Malaysia dan dengan harga penjualan RM 799.

Berikut adalah pandangan pertama Asus Zenfone 2 Laser yang hadir dengan ciri kamera yang menggagumkan.


Asus Zenfone 2 Laser hadir dengan skrin paparan Asus TrueVivid berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1280 x 720 dan turut mempunyai gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Skrin paparan yang dimiliki oleh Zenfone 2 Laser ini menguasai 72% permukaan hadapan telefon pintar dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan iPhone 6s Plus.

Selain itu, jika skrin paparan 5.5-inci adalah terlalu kecil ataupun terlalu besar, Asus dijangka akan mula menawarkan Asus Zenfone Laser 2 didalam skrin paparan 5.0-inci dan skrin paparan 6.0-inci tidak lama lagi.


Berdasarkan pengalaman pengunaan kami yang sangat terhad ini kami boleh mengatakan bahawa tontonan media melalui Zenfone 2 Laser ini memuaskan walaupun hanya pada resoulusi 720p dan ianya turut hadir dengan pembesar suara setreo yang lantang yang membolehkan anda menikmati tontonan video dan muzik tanpa menggunakan earphone.



Seperti Asus Zenfone 2, model ini juga mempunyai reka bentuk yang ergonomik dan walaupun mempunyai badan yang besar, Asus Zenfone 2 masih memberikan kepuasaan pengunaan yang tinggi dan mudah untuk dipegang disebabkan reka bentuk panel belakang yang melekung.


Pada bahagian hadapan, selain skrin paparan, anda boleh melihat reka bentuk ikonik Asus yang dikenali sebagai ‘Zen Design’ pada bahagian bawah dan tidak lupa juga, Asus Zenfone 2 Laser memiliki sisi panel skrin yang sangat nipis iaitu hanya 3.9mm.



Unit kamera Asus Zenfone 2 Laser ini adalah sesuatu yang harus diberikan perhatian serius. Asus Zenfone 2 Laser hadir dengan kamera utama 13MP dan seperti yang didedahkan pada namanya, kamera bagi telefon pintar ini ditemani satu unit pemfokusan laser yang mencapai pemfokusan didalam masa hanya 0.3 saat. Selain itu, kamera ini juga mempunyai lampu flash LED dwi-tona asli.

Seperti pada Zenfone 2, Zenfone 2 Laser juga hadir dengan teknologi perisian kamera Asus PixelMaster yang meliputi kamera hadapan dan kamera belakang. Teknologi ini membolehkan anda mengambil gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah.

Kamera selfie yang dimiliki oleh Asus Zenfone 2 Laser adalah kamera 5MP dan ianya turut memiliki mod pencantikan yang dikenali sebagai ‘Beautification’ dan Selfie Panorama.


Berdasarkan ujian kami, Asus Zenfone dilihat mempunyai pemfokusan yang sangat pantas yang akan memastikan anda tidak terlepas sebarang saat indah yang harus diambil sebagai kenangan.


Asus Zenfone 2 hadir dengan pemproses Snapdragon 410 daripada Qualcomm dan turut disertakan dengan 2GB RAM + 16GB ROM. Selain itu, model ini juga menyokong rangkaian LTE pada kedua-dua slot SIM, mempunyai slot microSD dengan tambahan memori sehingga 128GB, bateri berkapasiti 3,000 mAh dan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Harga

Asus Zenfone 2 Laser mempunyai harga yang sangat kompetetif iaitu hanya RM 799 dan dengan teknologi kamera yang baik selain spesifikasi dalaman yang mengagumkan, kami pasti Asus Zenfone 2 Laser adalah sesuatu yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar.


Asus Zenfone Laser 2 buat masa ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, merah dan hitam manakala dua warna baru iaitu emas dan perak akan ditawarkan tidak lama lagi.


Selain itu, jika anda merasakan Zenfone 2 Laser dengan skrin paparan 5.5-inci adalah terlalu besar, anda boleh menunggu sehingga penghujung bulan ini kerana Asus telah mengesahkan bahawa mereka akan menawarkan versi 5.0-inci tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, jika anda mahukan skirn paparan 1080p dan pemproses dalaman yang lebih baik, Asus Zenfone 2 dengan skirn paparan 6.0-inci mungkin akan menjadi pilihan anda dan peranti ini mungkin memasuki pasaran tempatan bulan hadapan.


Asus Zenfone 2 Laser




Contoh gambar yang diambil melalui Asus Zenfone 2 Laser

Contoh gambar mod ‘Super Resolution’
Contoh gambar mod ‘low-light’
Contoh gambar mod ‘auto’

Tuesday, October 13, 2015

Harga Penjualan Apple IPhone 6s & 6s Plus Di Malaysia Bermula Dari RM 3199


Apple secara rasminya telah mendedahkan harga penjualan Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus di Malaysia. Tidak mengejutkan apabila harga penjulan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus mempunyai harga penjualan yang tinggi. Disebabkan kejatuhan ringgit dan cukai GST, iPhone 6s kini bermula pada harga RM 3099 bagi versi 16GB manakala bagi iPhone 6s Plus harga penjualan bermula dari RM 3699.

Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu perak, kelabu, emas dan warna baru iaitu emas ros yang dilihat warna paling diminati. Selain 4 warna, seperti sebelum ini, Apple iPhone 6s dan 6s Plus hadir didalam tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB, 64GB dan 128GB.


Apple iPhone 6s 16GB akan mempunyai harga penjualan RM 3,199, 64GB RM 3,699 dan 128GB RM 4,199.



Apple iPhone 6s Plus 16GB pula akan mempunyai harga penjualan RM 3,699, 64GB RM 4,199 dan 128GB akan ditawarkan pada harga RM 4,699.


Selain itu, syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Maxis, Digi dan Celcom telah membuka tempahan bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.


Bagi Maxis, mereka menawarkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus pada harga penjualan kurang RM 100 daripada harga Apple Store Malaysia. maklumat penuh pelan Maxis disini.


Digi pula mengekalkan harga penjualan yang sama seperti Apple Store namun bagi anda yang membuat tempahan awal, anda akan mendapat rebat RM 200 dari harga penjualan. maklumat penuh pelan Digi disini


Dalam pada itu, Celcom pula tidak memberikan sebarang maklumat harga dan pelan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini (anda perlu mengunjungi kedai Celcom ‘Blue Cube’ untuk membuat tempahan).

[ SUMBER ]



Monday, October 12, 2015

Samsung Galaxy S7 Akan Ditawarkan Didalam 3 Jenis Pemproses


Walaupun generasi ke-7 telefon pintar utama Samsung iaitu Galaxy S7 hanya akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan lagi. Dunia teknologi sudah mula teruja dengan telefon pintar ini.

Siri Samsung Galaxy kebiasaanya akan hadir dengan pemproses Snapdragon dari Qualcomm. Namun pada Galaxy S6, Samsung membuat keputusan untuk menggunakan pemproses Exynos keluaran mereka.

Walaubagaimanapun, Samsung telah tampil memberikan penjelasan bahawa kerjasama mereka dengan Qualcomm belum berakhir dan telefon pintar utama baru daripada syarikat elektronik gergasi Korea ini akan kembali menggunakan pemproses Snapdragon.

Samsung dikatakan akan hadir dengan tiga jenis pemproses untuk Galaxy S7 dan ianya akan ditawarkan mengikut pasaran. Pemproses tersebut adalah Qualcomm Snapdragon 820, Exynos 8890 dan Exynos 7422.

Pemproses Snapdragon 820 dijangka akan ditawarkan di pasaran besar seperti China dan Amerika Syarikat manakala pemproses Exynos 8890 mungkin ditawarkan ke pasaran Korea, Jepun dan Eropah.

Pemproses ketiga iaitu Exynos 7422 yang juga dikeluarkan oleh Samsung mungkin akan dijual di pasaran membangun seperti India dan dengan harga penjualan yang lebih murah berbanding dua versi yang lain.

Jika benar, ini merupakan kali pertama Samsung hadir dengan tiga jenis pemproses bagi Galaxy S7 dan akan menambahkan lagi kekeliruan penggunaan mengenai produk telefon pintar Samsung. Selain itu, Samsung juga dijangka akan melancarkan versi S7 Edge.


[ SUMBER ]


Microsoft Melancarkan Lumia 950XL & 950 – Skrin QHD Dan Liquid Cooling


Microsoft secara rasminya telah melancarkan generasi baru telefon pintar Lumia mereka yang akan menjadi taruhan terbaru bagi membaiki prestasi teruk syarikat ini di pasaran telefon pintar. Microsoft awal pagi tadi telah melancarkan Lumia 950 XL dan Lumia 950.

Kedua-dua telefon pintar terbaru Microsoft ini hadir dengan sistem operasi Windows 10 Mobile dan merupakan dua telefon pintar untuk menyertakan skrin paparan QHD.

Lumia 950 XL

Lumia 950 XL hadir dengan saiz skrin 5.7-inci manakala Lumia 950 hadir dengan skrin paparan yang lebih kompak iaitu 5.2-inci. Teknologi skrin yang digunakan adalah AMOLED dengan ‘glance screen’ dan ‘ClearBlack’.


Beralih kepada spesifikasi dalaman, Lumia 950 XL hadir dengan pemproses Snapdragon 810, Adereno 430 dan 3GB RAM. Beralih kepada Lumia 950, model ini hadir dengan pemproses Snapdragon 808 dan turut mempunyai 3GB RAM. Lebih menarik, bagi memastikan telefon pintar ini beroperasi pada tahap dan suhu yang optimum, Microsoft telah menyertakan teknologi penyejukan ‘Liquid Cooling’ pada kedua-dua model ini.

Lumia 950

Dari segi kamera pula, kedua-dua mode Lumia ini hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 20MP dengan teknologi PureView dan turut disertakan optik pengstabilan imej dan optik Carl Ziess. Unit kamera ini juga hadir dengan kebolehan merakam video 2160p dan lampu LED flash.


Perbezaan pada bahagian kamera ini hadir pada bahagian hadapan dimana Lumia 950 XL hadir dengan kamera 5MP dengan lampu flash LED manakala Lumia 950 mempunyai unit kamera yang sama namun tidak ditemani dengan lampu flash LED.


Dari segi bateri pula, Lumia 950XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh manakala Lumia 950 hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh. Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar dan USB Type-C mengikut jejak langkah pengeluar telefon pintar Android.

Satu ciri yang unik hanya pada Lumia 950 XL adalah teknologi Windows Hello yang mana anda boleh mengaktifkan telefon pintar anda apabila kamera selfie anda mengesan anda sedang melihat telefon pintar. Teknologi ini kini berada dalam fasa Beta.


Lumia 950Xl dan Lumia 950 akan mula ditawarkan bulan hadapan dengan harga penjualan $650 manakala Lumia 950 akan dijual pada harga $550.




Spesifikasi OnePlus Mini Didedahkan – Pemproses Helio X10


Seperti yang pernah didedahkan oleh Carl Pei, OnePlus akan melancarkan satu telefon pintar mampu milik sebeleum penghujung tahun ini dan kini segala maklumat spesifikasi yang dimiliki oleh telefon pintar ini telah diketahui.

Telefon pintar ini akan dikenali sebagai OnePlus Mini dan akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci ( lapisan gelas Gorilla 2.5D daripada Corning), pemproses MediaTek Helio X10, 2GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman ( eMMC 5.0).

Dari segi kamera pula, OnePlus Mini sebelum ini pernah dilaporkan akan memiliki kamera berkembar dibahagian belakang namun sumber ini mengatakan ianya hanya akan memiliki kamera Sony IMX248 13MP yang disertakan dengan flash LED dwi-tona. Dari kamera hadapan pula, ianya akan memiliki kamera 5MP dengan lensa lebar.

Selain itu, spesifikasi lain yang akan dimiliki oleh telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3,000-3,100mAh( dengan teknologi pengecasan pantas), slot USB Type-C, NFC dan IR Blaster.

Lebih menarik, OnePlus Mini akan memiliki satu sensor pengesan cap jari dibahagian belakang, pembesar suara 1.2W dan akan mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Sumber juga mendakwa bahawa OnePlus Mini akan ditawarkan pada harga sekitar $250 dan akan mula dijual sekitar bulan November atau December.

Selain itu, masih juga tidak diketahui samada pembelian OnePlus Mini juga akan menggunakan sistem jemputan yang kurang diminati oleh peminat OnePlus.

bagi Malaysia, OnePlus Mini mungkin akan ditawarkan oleh Maxis kerana syarikat telekomunikasi ini memiliki hak pengedaran eksklusif bagi OnePlus One dan OnePlus Two.




Wednesday, October 7, 2015

Asus Zenfone Go Kini Ditawarkan Di Malaysia – RM 519



Asus Malaysia kini secara rasminya menawarkan Zenfone Go, telefon pintar mampu miliki yang hadir dengan reka bentuk sama seperti Zenfone 2 yang merupakan telefon pintar utama syarikat yang popular.

Asus Zenfone Go hadir dengan spesifikasi pertengahan iaitu skrin paparan HD 5.0-inci 1280 x720 dengan kepadatan piksel 294ppi. Selain itu, Zenfone Go juga hadir dengan pemproses MediaTek MT6580 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman ( mempunyai slot microSD).

Beralih ke bahagian kamera pula, Zenfone Go hadir dengan kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 2MP.


Selain itu, Zenfone Go juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,070mAh, Android 5.1 Lollipop dengan ZenUI, sokongan dwi-SIM, WLAN 802.11 b/g/n dan Bluetooth V4.0.

Zenfone Go kini ditawarkan di Asus Store Malaysia pada harga RM 519. Buat masa ini terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu putih dan hitam. Warna lain iaitu emas, biru dan merah dijangka akan ditawarkan didalam masa terdekat.

Asus Zenfone Go ini akan ditawarkan dengan jaminan 12 bulan dan penghantaran akan dilakukan didalam masa tiga hari sahaja.


dapatkanya disini > Asus Store Malaysia

Tuesday, October 6, 2015

ASUS LolliFlash - Sekarang Boleh Dibeli Di Kedai Online ASUS



ASUS secara rasmi mengumumkan mengenai ketersediaan ASUS LolliFlash yang dijual pada harga RM49 di Malaysia hari ini. Peranti ini bukan saja untuk pengguna telefon pintar ASUS saja malah ia juga boleh di gunakan untuk semua telefon pintar yang ada di pasaran sekarang ini.

ASUS LolliFlash adalah sebuah dwi-warna LED Flash yang bertindak sebagai aksesori yang meningkatkan mutu gambar-gambar yang diambil dari kamera telefon anda dengan memberi pencerahan cahaya semula jadi. Walaupun kebanyakan telefon pintar hari ini dilengkapi dengan LED flash, namun kualiti dimiliki tidak setanding dengan ASUS LolliFlash.


ASUS mengumumkan peranti ini pada awal tahun ini dengan pelbagai warna pilihan - merah, putih, biru dan kuning. Hanya dengan memasang peranti ini ke bicu headphone, ia bertindak sebagai dwi-tona flash LED yang memberikan cahaya semula jadi.


Dual-flash datang dengan 3 penapis - putih, ungu dan biru. Penapis boleh digunakan hanya dengan melampirkan dan mengeluarkan seperti yang dilihat pada gambar di atas. Peranti ini berjalan menggunakan bateri dan dilengkapi dengan microUSB kecil untuk mengecas. Ia menawarkan jangka bateri selama 3 jam penggunaan.

Pada mulanya, anda mungkin berfikir bahawa ASUS LolliFlash adalah alat yang tidak penting, tetapi ia mesti mempunyai jurugambar. Ketika mempertimbangkan populariti kehidupan malam dan selfies di Malaysia, kami percaya peranti ini dikeluarkan pada masa yang sesuai untuk mereka yang suka bergambar.


[ SUMBER ]



Celcom Melancarkan Pelan First Basic 85 – 21GB Kuota Internet



Celcom kini menawarkan pelan pascabayar Celcom First Basic 85 yang hadir dengan kuota internet keseluruhan sehingga 21GB.

Seperti biasa, kesemua kuota ini dibahagikan mengikut waktu puncak dan melalui Celcom WiFi namun penawaran pelan ini dilihat masih menawarkan nilai yang baik.

Celcom First Basic 85 ini secara asasnya adalah pelan jalur lebar PortaWiFi 2.0 yang dilancarkan baru-baru ini namun pelan pascabayar ini hadir dengan kemudahan untuk membuat panggilan.

Selain itu, anda juga boleh membawa lebihan data internet ke bulan yang seterusnya dengan maksima 7GB kuota internet terkumpul.


Berikut adalah pecahan kuota internet bagi pelan Celcom First Basic 85 ini.

7GB – kegunaan 24jam
7GB – Celcom WiFi – 24 jam

14GB – dari pukul 2pagi-8pagi
14GB – Celcom WiFi dari pukul 2pagi-8pagi

Pelan ini akan ditawarkan dengan kontrak 12 bulan dan panggilan akan dicas 15 sen seminit manakala SMS adalah 15sen juga setiap SMS. Selain itu, jika anda telah menghabiskan kesemua kuota internet ini, panggil dan SMS hanya akan dicas sebanyak 10 sen seminit atau 10 sen/sms.


Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ini disini dan pelan ini hanya akan ditawarkan sehingga 31 Oktober ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lazada Malaysia